Peraturan Judo Paralimpik

Pertandingan judo Paralimpik adalah berdasarkan peraturan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dengan beberapa pengubahsuaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Buta Antarabangsa (IBSA): Perubahan yang paling ketara ialah kedua-dua pesaing judo Paralimpik perlu mencengkam dengan longgarnya sut Judo lawannya. (cengkaman tersebut dipanggil "Kumikata") dan sekiranya sentuhan tersebut terputus, pertandingan tersebut perlu dihentikan (Pengadil akan sebut "matte") dan pertandingan akan dimulakan semula dengan pesaingnya berada dalam posisi permulaan (saling melakukan cengkaman Kumikata).[1][2]

Bagi atlet berkecacatan pendengaran, sebutan pengadil (yang menandakan permulaan pertandingan, faul dan sebagainya) akan digantikan dengan sentuhan dan bahasa isyarat.[3]